SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PADUKA TUAN
85000 SEGAMAT, JOHOR
SAMBUTAN HARI KOPERASI SEKOLAH (HKS)
PERINGKAT SEKOLAH 2011
TARIKH:
5 JULAI 2011 (SELASA)
ANJURAN:
KOPERASI SM PADUKA TUAN SEGAMAT BERHAD
———————————————————————————
JAWATANKUASA SAMBUTAN HARI KOPERASI SEKOLAH
2011
PENGERUSI : EN.RAHMAT BIN OMAR
NAIB PENGERUSI 1 : TN.HJ. MOHAMMED KASSIM B.HJ.ABDUL
LATIFF
NAIB PENGERUSI 2 : PN.CHEH SIEW LEE
NAIB PENGERUSI 3 : EN.MURSDB. MD.LIP
NAIB PENGERUSI 4 : EN.LOONG FOO TEE
SETIAUSAHA : PN.INTAN SULINRANA ISAHAK
BENDAHARI : PN.ROHANI BT PUNGUT
AJK PERHIMPUNAN KHAS AJK GERAI JUALAN
PN.INTAN SULINRANA ISAHAK PN.HJH. RUZANA
PN.ZARINA ABU SAMAH EN.NURUL EFFENDI
PENGAWAS PN.SITI ZULIHA
AJK PENANAMAN POKOK AJK INDOOR GAME
PN.BONG LAN HUA PN.SITI KHADIJAH
PN.ASMAYAZAM PN.KANNIYAMMA
EN.TENGKU MOHD ASWANDI
AJK KAWALAN PELAJAR AJK GERAI PERMINTAAN LAGU
EN.CHAN KIN SENG PN.NORIZAH SALIKON
EN.J VIJEAN PN.KHAIRUSA’IDA
EN. DOLI INDRA
PN.NOR YUSZIANA AJK PENGACARA MAJLIS
CIK SHARIFAH PN.AZLINA ABD. RAZAK
PENGAWAS EN.MOHD.SOFFIAN
AJK BACAAN DOA AJK PAMERAN
EN.MOHD.MAZRAN ISMAIL PN.SALBIANA HARUN
PN.NORAIDA ABU BAKAR
AJK SIARAYA AJK SAMBUTAN
EN.SHAHEZWAN PN.LAI GEOK LIAN
EN.MOHD.RUMAN PN.CHAN PAIK NAI
PN.SUHAILA MAD JIN
AJK HADIAH PN.AINI JEBOL
PN.NG POY HWA
PN.NORKASIDAH NORDIN
AJK BANNER/FOTOGRAFI AJK KEBERSIHAN
EN.MOHD.FAIZAL CIK SITI HAJJAR
EN.RAZHAN EN.MUHAMMAD HAFIZ
PN.NOORFARAZILA
AJK KAWALAN TRAFIK AJK BUKU PROGRAM
PN.NGIAM SIEW LAN PN.NOORFARAZILA
EN.ABU NAIM EN.MUHAMMAD ADAM
EN CHAN KIN SENG
PENGAWAS
———————————————————————————
SAMBUTAN HARI KOPERASI SEKOLAH (HKS) 2011
SMK PADUKA TUAN SEGAMAT
1.0 PENGENALAN
Sambutan Hari Koperasi Sekolah telah disambut pada 24 Jun 2011 di SMK Paduka Tuan Segamat. Sambutan ini diadakan bertujuan untuk memberitahu kepada warga sekolah dan masyarakat setempat akan kewujudan koperasi sekolah dan peranan yang dimainkan.
Sambutan daripada warga sekolah dan masyarakat setempat amat menggalakkan.Koperasi sekolah telah berjaya memainkan peranan sebagai satu entiti penting di sebuah sekolah dalam usaha menyemai nilai-nilai koperasi di kalangan anggota.
2.0 TARIKH DAN TEMA SAMBUTAN
Sambutan telah diadakan pada 24 Jun 2011. Tema sambutan pada tahun 2011 ialah “1 untuk semua, semua untuk 1”.
3.0 OBJEKTIF SAMBUTAN
Sambutan HKS di peringkat sekolah bertujuan untuk memberitahu kepada warga sekolah dan masyarakat setempat akan kewujudan koperasi sekolah dan peranan yang dimainkan untuk mendidik para pelajar supaya mempunyai jatidiri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan amalan koperasi.
4.0 AKTIVITI-AKTIVITI HKS 2011
Dua (2) jenis aktiviti telah diadakan iaitu:
i) Aktiviti wajib
ii) Aktiviti pilihan
Setiap aktiviti sama ada aktiviti wajib atau pilihan dijalankan berdasarkan kreativiti pihak sekolah.Kesemua aktiviti yang dijalankan berdasarkan kepada tema sambutan.
Berikut merupakan laporan lengkap aktiviti yang telah dijalankan:-
AKTIVITI
|
LAPORAN
|
Perhimpunan Khas
|
i. Semua pelajar dihimpunkan dalam satu perhimpunan khas pada pukul 7.15 pagi
ii. Ketibaan semua guru dan Pengetua ke tapak perhimpunan untuk memulakan majlis rasmi Sambutan Hari Koperasi Sekolah 2011.
iii. Aktiviti dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Bangsa Johor.
iv. Ucapan alu-aluan pengerusi majlis.
v. Bacaan doa yang disampaikan oleh Ustaz Mazran Ismail
vi. Perutusan Khas Hari Koperasi Sekolah yang disampaikan oleh 3 orang wakil pelajar dimulakan dengan
» Perutusan YDP ANGKASA dibaca oleh Saudara Mohd Samsul b. Jailani (Setiausaha Pengawas)
» Perutusan YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibaca oleh Saudari Yeow Wei Ling (Timbalan Ketua Pelajar) dan
» Perutusan YB Menteri Pelajaran Malaysia dibaca oleh Saudari Nuratikah bte Mislan (Ketua Pelajar)
vii. Pengetua menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan sambutan Hari Koperasi Sekolah 2011.
viii. Penanaman pokok sebagai simbolik perasmian
Sambutan Hari Koperasi Sekolah 2011. Aktiviti penanaman pokok ini dilakukan di hadapan Anjung Koperasi.
ix. Nyanyian lagu Koperasi
x. Penyampaian cenderamata kepada semua pelajar dan
anugerah koperator terbaik Saudari Pee Ling Hui ( Pengerusi Koperasi 2011)
xi. Persembahan pelajar iaitu pancaragam dan silat.
|
Aktiviti Bonus
|
Pihak koperasi sekolah telah mengundang beberapa agensi kerajaan dan swasta untuk mengadakan pameran. Diantaranya ialah
i. Jabatan Bomba dan Penyelamat
ii. Kolej Komuniti Segamat
iii. Pusat Giat Mara Batu Anam
iv. Universiti Teknikal Malaysia, Melaka
v. Bank Rakyat
vi. Kedai Buku Tai Kuang
Pelajar-pelajar pendidikan khas SMK Paduka Tuan juga turut serta mengadakan pameran hasil kerja mereka .
|
Aktiviti tambahan
|
i. Pengiktirafan Koperator Terbaik
Koperator terbaik tahun 2011 ialah Pee Ling Hui . Beliau adalah pelajar tingkatan 5 SC 2.
ii. Edaran Tanda Peringatan HKS
Edaran tanda peringatan HKS kepada semua pelajar telah disampaikan oleh Pengetua. Setiap ketua tingkatan dari tingkatan peralihan sehingga tingkatan pra-u atas telah menerima tanda peringatan tersebut bagi mewakili kelas mereka. Setiap pelajar akan mendapat satu penanda buku sebagai tanda peringatan HKS 2011.
Edaran tanda peringatan HKS juga diberikan kepada semua guru. Setiap guru akan mendapat satu ‘key chain’ yang tertulis tema HKS 2011 iaitu “1 untuk semua, semua untuk 1”.
|
Aktiviti Pendidikan
|
Sebagai aktiviti pendidikan , soalan kuiz dan teka silang kata berkenaan koperasi dan ANGKASA diedarkan kepada semua pelajar pada hari tersebut.
Pelajar diberi masa 3 jam untuk menjawab semua soalan kuiz dan teka silang kata. Pemenang akan dibahagi kepada dua bahagian iaitu menengah atas dan menengah bawah. Semua pelajar diberi peluang untuk mendapat hadiah yang telah disediakan.
|
Aktiviti Ekonomi/ Keusahawanan
|
Sempena HKS 2011, gerai-gerai jualan telah dibuka kepada pelajar. Terdapat 9 penyertaan daripada pelajar di mana penyertaan adalah terbuka kepada kelab dan persatuan, pelajar pendidikan khas dan semua warga sekolah. Sambutan adalah amat menggalakkan.
Setiap kelab dan persatuan yang menyertai aktiviti jualan ini perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Di antara syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut:-
i. Hanya boleh menjual makanan yang HALAL sahaja.
ii. Tidak dibenarkan memasak atau menggunakan gas atau apa-apa bahan api di gerai.
iii. Tidak dibenarkan menjual barang-barang berbahaya
iv. Kualiti dan kuantiti barang yang dijual mestilah bersesuaian dengan harga yang dikenakan.
v. Waktu perniagaaan 8.00 pagi hingga 11.00 pagi.
vi. Wang cagaran tidak akan dikembalikan sekiranya gerai tidak dibersihkan selepas habis jualan.
Setiap gerai juga perlu membuat bayaran sebanyak RM 20.00 bagi setiap tapak. Sewa tapak sebanyak RM5.00 dan cagaran kebersihan sebanyak RM15.00.
|
Aktiviti sosial dan budaya
|
Aktiviti ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu
i. Membaik pulih/menceriakan pegola yang sedia ada untuk kemudahan pelajar berehat dan mengulang kaji pelajaran di sekolah.
» Aktiviti ini telah diadakan secara gotong royong diantara guru dan pelajar pada hari Sabtu sebelum majlis Sambutan Hari Koperasi Sekolah 2011.
» Pegola yang sedia ada di cat semula dan dibaiki serta dihias bagi mencantikkan semula keadaannya.
ii. “Indoor game” seperti permainan dart, teka jumlah gula-gula dalam balang, silang kata, mewarna dan melukis.
» Aktiviti ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar.
» Aktiviti –aktiviti ini dijalankan serentak bermula pukul 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi.
|
Lain-lain Aktiviti
|
i. Permintaan lagu.
» Aktiviti ini dikendalikan oleh MPP (pelajar pra-u)
» Setiap pelajar yang ingin membuat permintaan lagu dikenakan bayaran sebanyak RM 0.50.
» Hanya lagu-lagu versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja yang dibenarkan.
ii. Pertandingan gubahan buah-buahan dan gubahan tuala.
» Aktiviti ini disertai oleh guru-guru lelaki dan wanita
» Aktiviti ini diadakan untuk memberi peluang kepada guru-guru untuk terlibat sama dalam aktiviti HKS 2011.
|
Di pagi yang tenang ..acara Hari Koperasi Sekolah 2012 telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mazran Ismail
Bacaan Perutusan
Semua guru-guru SMK Paduka Tuan mengambil bahagian dalam majlis Hari Koperasi Sekolah 2012
Pengetua yang disayangi…En Rahmat Bin Omar
Juru Acara SMK Paduka Tuan En Sopian dan Pn Azlina
Pengetua SMK Paduka Tuan, En.Rahmat Bin Omar memberi sedikit ucapan kepada pelajar-pelajar SMKPT
Acara wajib iaitu penanaman pokok
En. Rahmat (Pengetua) menanam pokok
Diikuti pula Pn.Cheh Siew Lee (GPK HEM)
Dari kiri En Md Murad Md Lip (GPK KOKU), Tn Hj Mohammed Kassim b Abdul Latiff (GPK 1), En Rahmat b Omar (Pengetua), Pn Cheh Siew Lee ( GPK HEM ) dan En Loong Foo Tee (Penyelia Petang)
Semua guru dan pelajar memyanyikan lagu Koperasi
Majlis Penyampaian Hadiah kepada pemenang
Tinggalkan komen